Monday, 1 August 2011

Restoran Wa'







Kali ini saya berkunjung ke restoran wa' sebelum menyambut ramadhan bersama ahli keluarga tersayang.Mata terpukau melihat dekorasi restoran yang begitu elegan dan bergaya moden.Semua dekorasi bertemakan warna putih bersih.Disini terdapat pelbagai menu yang pasti bakal membuatkan anda ingin mencuba kesemua menu yang ada.Kami sekeluarga memilih untuk menjamu selera dengan masakan panas antaranya ikan siakap masak kensom,tomyam seafood,sotong masak petai,ayam pakprik,telur dadar dan udang butter.Bagi menghilangkan dahaga kami memesan minuman bandung cincau dan barli sejuk.Jadi tunggu apa lagi..Jom Jom Cari make

No comments:

Post a Comment