Wednesday 27 July 2011

Percutian Ke Cameron Highlands

Nantikan review saya ke tempat-tempat yang bakal dikunjungi sepanjang perjalan ke Cameron Highlands....Jom Jom Cari make with Madam Zaza....Jangan ketinggalan...

Pancake House (MidValley)





Inginkan kelainan untuk sarapan pagi anda mahupun makan petang...?Tukarkan menu nasi anda kepada makanan yang lebih simple tetapi mengenyangkan.Silalah berkunjung ke Pancake House yang terletak di Midvalley.Pelbagai menu ada disini berasaskan pancake dan juga nasi.Cafe ini menawarkan kepelbagaian menu yang bakal mencuit hati anda serta harganya yang amat berpatutan.Saya kesana bersama keluarga ketika majlis konvo adik perempuan saya.Apa lagi...Jom Jom Cari make.

Bijoux Cupcake (KLCC)





Craving for somethings sweet?Kali ini saya paparkan review pasal cupcake.Sapa yang tak minat cupcake...semua orang suka terutamanya dengan topping cuppies yang comel-comel.Anak saudara saya amat meminati bijoux cupcake.Setiap kali berkunjung ke kLcc ia merupakan tempat singgahan wajib.Kali ini saya sendiri berpeluang kesana bersamanya.Anda pasti rambang mata untuk memilih yang mana satu cupcake kerana kesemuanya menyelerakan terutamanya red velvet cupcake.Jom Jom Cari make.

TONY ROMA'S (PAVILLION)


(Terpaksa ambil gambar from website sebab lupa capture sebelum makan)

             (Terpaksa ambil gambar from website sebab lupa capture sebelum makan)

Adakah anda peminat western food?Atau teringin mencari restoran makanan barat?Jangan ketinggalan untuk mencuba menu makanan barat di TONY ROMA'S tapi haruslah berhati-hati bagi yang beragama islam kerana menu disana ada juga mengandungi alkohol.(Peringatan) Ketika pertama kali menjejakan kaki kesitu dan menikmati hidangan yang dipesan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga masih teringat-ingat keenakannya hingga ke hari ini.Makanannya agak tinggi dari segi harga namun berbaloi dari segi rasa.Beef ribs nya amat lembut dagingnya dan sos yang diperap sememangnya enak.Ada pelbagai jenis menu lain yang masih belum saya cuba,Insyaallah di masa-masa yang akan datang saya akan berkunjung lagi ke sini.Jom Jom Cari make

Garden (MidValley)










Bagi warga kotaraya (KL) semestinya sudah mengenali paparan mengenai restoran ini.Terletak di Midvalley adalah antara restoran yang cantik dan menarik iaitu GARDEN.Simfoni muzik yang dialunkan amat menangkan jiwa sambil menikmati hidangan yang terdiri dari pelbagai jenis menu terutamanya makanan barat.Saya kesana ketika percutian bersama keluarga ke Kuala Lumpur.Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal namun berbaloi dengan keenakan dan kualiti masakan termasuk persekitaran restoran yang dihias indah amat mengagumkan.Suasana disini amat bersesuain jika mahu menghilangkan tekanan kesibukan di kotarayaDisini saya paparkan sedikit gambar kenangan ketika berada disitu.Jom Jom Cari make

Tuesday 26 July 2011

Maggi Ketam (Cherang Ruku Semerak)

Jom kita menikmati Maggi Ketam di Cherang Ruku Semerak,Pasir Puteh.Ternyata disini ketam yang disediakan amat segar dan terasa kemanisan isinya.Berharga RM10 semangkuk amat berbaloi dengan kualiti masakannya yang sedap.Kira-kira sebulan yang lalu saya kesana bersama keluarga untuk menikmati Maggi Ketam yang sering diperkatakan oleh orang ramai.Walaupun perjalanan kami kesana memakan masa hampir 45minit namun ternyata tidak mengecewakan.Jadi jangan lepaskan peluang anda menikmati Maggi ketam sekiranya anda berada di kawasan Pasir Puteh.Jom Jom Cari make




Mee Pok Jen (Kampung Joh Labok)



Anda peminat Mee rebus atau Mee goreng?Minat suasana warung di kawasan perkampungan?So jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mee Pok Jen yang amat famous di Kampung Joh,Labok.Mee Pok Jen sememangnya sinonim dikalangan penduduk kampung tersebut serta sekitar daerah Machang.Ini merupakan hidangan kesukaan suami saya serta anak-anak kerana boleh dikatakan hampir setiap minggu kami akan berkunjung kesana.Dengan harga dibawah RM5 anda boleh menikmati Mee Rebus Special.Jangan pula lepaskan peluang untuk menikmati Air Kabonat Kelantan yang susah dicari di mana-mana restoran.Jom Jom Cari make.

Chim Chum at Mummy Rich (Jalan Pengkalan Chepa)




Kali ini saya paparkan hidangan istimewa di Cafe' Mummy Rich yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa.Saya dan ahli keluarga berkunjung ke sini pada 7hb July yang lalu ketika menghantar adik saya ke Airport.Kami singgah untuk menikmati makan malam.Menu yang berjaya menarik perhatian saya ialah Chim Chum dan Blackpaper Meatballs.Harganya amat berpatutan dan pakej chim chum ini turut disertakan dengan nasi goreng dan cara penyediaanya amat istimewa kerana kita harus menyediakan sendiri untuk menikmati hidangan tersebut.Bahan-bahannya adalah air rebusan yang dijadikan sup,daging yang telah diperap,udang,sotong,sayuran,so'on dan juga telur.Tapi yang pasti kita harus sabar untuk menikmatinya kerana ia memakan sedikit masa terutama daging yang diperap harus dibakar terlebih dahulu namun hasilnya amat berbaloi.Jom Jom Cari make

Bakery Online (Recomended)

Seperti yang kita ketahui ramai kaum-kaum ibu sekarang banyak menawarkan khidmat online daripada rumah untuk pelbagai jenis perniagaan.Kali ini saya ingin memperkenalkan sahabat saya yang giat menjalankan perniagaan pastri dan bakery secara online.Hasil kerja tangan beliau sememangnya saya akui pakar dalam bidang ini.Jika anda berminat bolehlah menghubunginya di facebook iaitu Hafizah . Disini saya paparkan hidangannya yang telah saya cuba dan sememangnya lazat.nyummm nyummmm....Jom Jom Cari make







Kedai Kuning






Kali ini saya berkunjung ke Kedai Kuning (berhadapan Sek Men Hamzah 2 di lebuhraya machang - pasirputeh)untuk menikmati makan tengahari bersama ahli keluarga.Inilah menu-menu yang berjaya menambat hati saya pada hari ini iaitu Teh Cinta berserta Bandung Special manakala hidangan pula Sukiyaki Sup,Ayam Goreng Halia,Kerabu Udang,Nasi Goreng Paprik seafood serta Kuew Tiaw Ladna Seafood.Boleh dikatakan semuanya memang sedap-sedap belaka.Jadi kepada yang berada di sekitar Machang bolehlah berkunjung ke sini kerana anda akan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.Jom Jom Cari make 

JOm JOm Cari make With Madam Zaza

Blog ini terhasil kerana hobi saya suka cari makan di kedai-kedai yang mempunyai menu yang menarik.Disini saya akan paparkan nama kedai dan restoran yang saya lawati serta memberikan komen-komen mengenai menu mereka (untuk makluman saya tidak ditaja oleh mana-mana restoran yang saya kunjungi tapi sekadar untuk berkongsi makanan yang istimewa buat para pengunjung blog)