Monday 1 August 2011

Cream & Fudge KLCC

Untuk menikmati ice cream mengikut selera yang kita inginkan...?Jom sama-sama menikmatinya di Cream & Fudge KLCC.Disini terdapat pelbagai jenis ice cream serta topping yang tidak mungkin terdapat mana-mana kedai ice cream biasa kerana keunikannya adalah kita sendiri memilih pelbagai jenis perasa ataupun topping yang kita suka.Harganya agak tinggi berbanding ice cream biasa namun tak salah sekali sekala manjakan selera kita dengan menikmati ice cream yang sebegini lazatnya.Apa lagi...Jom Jom Cari make

Restoran Wa'







Kali ini saya berkunjung ke restoran wa' sebelum menyambut ramadhan bersama ahli keluarga tersayang.Mata terpukau melihat dekorasi restoran yang begitu elegan dan bergaya moden.Semua dekorasi bertemakan warna putih bersih.Disini terdapat pelbagai menu yang pasti bakal membuatkan anda ingin mencuba kesemua menu yang ada.Kami sekeluarga memilih untuk menjamu selera dengan masakan panas antaranya ikan siakap masak kensom,tomyam seafood,sotong masak petai,ayam pakprik,telur dadar dan udang butter.Bagi menghilangkan dahaga kami memesan minuman bandung cincau dan barli sejuk.Jadi tunggu apa lagi..Jom Jom Cari make

Wednesday 27 July 2011

Percutian Ke Cameron Highlands

Nantikan review saya ke tempat-tempat yang bakal dikunjungi sepanjang perjalan ke Cameron Highlands....Jom Jom Cari make with Madam Zaza....Jangan ketinggalan...

Pancake House (MidValley)





Inginkan kelainan untuk sarapan pagi anda mahupun makan petang...?Tukarkan menu nasi anda kepada makanan yang lebih simple tetapi mengenyangkan.Silalah berkunjung ke Pancake House yang terletak di Midvalley.Pelbagai menu ada disini berasaskan pancake dan juga nasi.Cafe ini menawarkan kepelbagaian menu yang bakal mencuit hati anda serta harganya yang amat berpatutan.Saya kesana bersama keluarga ketika majlis konvo adik perempuan saya.Apa lagi...Jom Jom Cari make.

Bijoux Cupcake (KLCC)





Craving for somethings sweet?Kali ini saya paparkan review pasal cupcake.Sapa yang tak minat cupcake...semua orang suka terutamanya dengan topping cuppies yang comel-comel.Anak saudara saya amat meminati bijoux cupcake.Setiap kali berkunjung ke kLcc ia merupakan tempat singgahan wajib.Kali ini saya sendiri berpeluang kesana bersamanya.Anda pasti rambang mata untuk memilih yang mana satu cupcake kerana kesemuanya menyelerakan terutamanya red velvet cupcake.Jom Jom Cari make.

TONY ROMA'S (PAVILLION)


(Terpaksa ambil gambar from website sebab lupa capture sebelum makan)

             (Terpaksa ambil gambar from website sebab lupa capture sebelum makan)

Adakah anda peminat western food?Atau teringin mencari restoran makanan barat?Jangan ketinggalan untuk mencuba menu makanan barat di TONY ROMA'S tapi haruslah berhati-hati bagi yang beragama islam kerana menu disana ada juga mengandungi alkohol.(Peringatan) Ketika pertama kali menjejakan kaki kesitu dan menikmati hidangan yang dipesan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga masih teringat-ingat keenakannya hingga ke hari ini.Makanannya agak tinggi dari segi harga namun berbaloi dari segi rasa.Beef ribs nya amat lembut dagingnya dan sos yang diperap sememangnya enak.Ada pelbagai jenis menu lain yang masih belum saya cuba,Insyaallah di masa-masa yang akan datang saya akan berkunjung lagi ke sini.Jom Jom Cari make

Garden (MidValley)










Bagi warga kotaraya (KL) semestinya sudah mengenali paparan mengenai restoran ini.Terletak di Midvalley adalah antara restoran yang cantik dan menarik iaitu GARDEN.Simfoni muzik yang dialunkan amat menangkan jiwa sambil menikmati hidangan yang terdiri dari pelbagai jenis menu terutamanya makanan barat.Saya kesana ketika percutian bersama keluarga ke Kuala Lumpur.Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal namun berbaloi dengan keenakan dan kualiti masakan termasuk persekitaran restoran yang dihias indah amat mengagumkan.Suasana disini amat bersesuain jika mahu menghilangkan tekanan kesibukan di kotarayaDisini saya paparkan sedikit gambar kenangan ketika berada disitu.Jom Jom Cari make