Wednesday, 27 July 2011
Percutian Ke Cameron Highlands
Nantikan review saya ke tempat-tempat yang bakal dikunjungi sepanjang perjalan ke Cameron Highlands....Jom Jom Cari make with Madam Zaza....Jangan ketinggalan...
Pancake House (MidValley)
Bijoux Cupcake (KLCC)
TONY ROMA'S (PAVILLION)
(Terpaksa ambil gambar from website sebab lupa capture sebelum makan)
(Terpaksa ambil gambar from website sebab lupa capture sebelum makan)
Adakah anda peminat western food?Atau teringin mencari restoran makanan barat?Jangan ketinggalan untuk mencuba menu makanan barat di TONY ROMA'S tapi haruslah berhati-hati bagi yang beragama islam kerana menu disana ada juga mengandungi alkohol.(Peringatan) Ketika pertama kali menjejakan kaki kesitu dan menikmati hidangan yang dipesan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga masih teringat-ingat keenakannya hingga ke hari ini.Makanannya agak tinggi dari segi harga namun berbaloi dari segi rasa.Beef ribs nya amat lembut dagingnya dan sos yang diperap sememangnya enak.Ada pelbagai jenis menu lain yang masih belum saya cuba,Insyaallah di masa-masa yang akan datang saya akan berkunjung lagi ke sini.Jom Jom Cari make
Garden (MidValley)
Tuesday, 26 July 2011
Maggi Ketam (Cherang Ruku Semerak)
Jom kita menikmati Maggi Ketam di Cherang Ruku Semerak,Pasir Puteh.Ternyata disini ketam yang disediakan amat segar dan terasa kemanisan isinya.Berharga RM10 semangkuk amat berbaloi dengan kualiti masakannya yang sedap.Kira-kira sebulan yang lalu saya kesana bersama keluarga untuk menikmati Maggi Ketam yang sering diperkatakan oleh orang ramai.Walaupun perjalanan kami kesana memakan masa hampir 45minit namun ternyata tidak mengecewakan.Jadi jangan lepaskan peluang anda menikmati Maggi ketam sekiranya anda berada di kawasan Pasir Puteh.Jom Jom Cari make
Mee Pok Jen (Kampung Joh Labok)
Chim Chum at Mummy Rich (Jalan Pengkalan Chepa)
Bakery Online (Recomended)
Seperti yang kita ketahui ramai kaum-kaum ibu sekarang banyak menawarkan khidmat online daripada rumah untuk pelbagai jenis perniagaan.Kali ini saya ingin memperkenalkan sahabat saya yang giat menjalankan perniagaan pastri dan bakery secara online.Hasil kerja tangan beliau sememangnya saya akui pakar dalam bidang ini.Jika anda berminat bolehlah menghubunginya di facebook iaitu Hafizah . Disini saya paparkan hidangannya yang telah saya cuba dan sememangnya lazat.nyummm nyummmm....Jom Jom Cari make
Kedai Kuning
Kali ini saya berkunjung ke Kedai Kuning (berhadapan Sek Men Hamzah 2 di lebuhraya machang - pasirputeh)untuk menikmati makan tengahari bersama ahli keluarga.Inilah menu-menu yang berjaya menambat hati saya pada hari ini iaitu Teh Cinta berserta Bandung Special manakala hidangan pula Sukiyaki Sup,Ayam Goreng Halia,Kerabu Udang,Nasi Goreng Paprik seafood serta Kuew Tiaw Ladna Seafood.Boleh dikatakan semuanya memang sedap-sedap belaka.Jadi kepada yang berada di sekitar Machang bolehlah berkunjung ke sini kerana anda akan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.Jom Jom Cari make
JOm JOm Cari make With Madam Zaza
Blog ini terhasil kerana hobi saya suka cari makan di kedai-kedai yang mempunyai menu yang menarik.Disini saya akan paparkan nama kedai dan restoran yang saya lawati serta memberikan komen-komen mengenai menu mereka (untuk makluman saya tidak ditaja oleh mana-mana restoran yang saya kunjungi tapi sekadar untuk berkongsi makanan yang istimewa buat para pengunjung blog)
Subscribe to:
Posts (Atom)